PERJALANAN KE TANAH JAWA II
Tanggal 15hb Disember 2009, kami memulakan perjalan ke Jakarta dengan pesawat Air Asia
Tanggal 15hb Disember 2009, kami memulakan perjalan ke Jakarta dengan pesawat Air Asia
Minggu-minggu terakhir musim cuti persekolahan bulan Disember 2008 ini saya dan keluarga sempat juga berkunjung ke Johor Baharu selama seminggu.
Hari pertama tiba di JB sudah lewat malam, kerana ngantuk dan letih duduk dalam penerbangan maka tidur adalah yang terbaik merehatkan badan. Hari kedua lepas sarapan pagi kami cari teksi ke Perhentian Bas LARKIN. Kononnya nak tanya-tanya saja bagaimana kalau nak ke Singapura. Rupa-rupanya ada pula Bas yang kebetulan sedang nak bertolak ke Singapura, kamipun terus beli tiket dan naik Bas.
BERKUNJUNG KE JAWA TENGAH
- Ini adalah surau/musollah di Desa Kasreman daerah Lasem Jawa Tengah. Setiba kami di desa ini jam 4:50 pagi dari Jakarta tanggal 4 Sept 2008, terus saja kami menunaikan solat subuh dan kemudian ke rumah saudara-mara yang sedang menanti kehadiran kami.
Pada kesempatan yang terluang saya berhasil melihat Perahu Misteri yang dikatakan baru ditemui dua atau tiga bulan yang lalu waktu saya berkunjung ke Lasem. Ia terletak di kawasan tanah lapang milik Haji Mahmood Bin Haji Mashadi di Desa Punjul Harjo Lesam . Perahu ini mungkin mempunyai catatan sejarah tersendiri dan menarik untuk diketahui. Khabarnya berusia lebih seribu tahun…? mungkin ada pembaca blog saya ini tahu sejarahnya. Buat Mariarina di Semarang ini lah perahu yang saya katakan itu.
Powered by WordPress | Aeros Theme | TheBuckmaker.com WordPress Themes